Bagaimanakah Syaitan & Binatang Buas Duduk?

DUDUK SYAITAN & DUDUK ANJING

SOALAN:

Salam. Saya ingin bertanya Ustaz. Bagaimanakah duduk seperti syaitan duduk duduk seperti binatang buas dalam solat. Kedua, apa hukum duduk bersila dalam solat?


JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

DUDUK SYAITAN & DUDUK ANJING

Antara cara duduk yang dimakruhkan di dalam solat ialah duduk iq`a’ seperti anjing. Sifat duduk ini juga diertikan sebagai ‘uqbah (cara duduk) Syaitan. Hal ini berdasarkan keterangan hadis Rasulullah SAW:

وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقْبَةِ الشَّيْطَانِ

Maksudnya: Dan baginda menegah daripada duduk ‘uqbah Syaitan.

###### Hadis riwayat Imam Muslim (498) dalam Sahih-nya

Duduk Binatang Buas
Duduk Anjing @ Duduk Syaitan
Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:
“Abu ‘Ubaidah dan lain-lain menafsirkan bahawa duduk Iq`a’ yang ditegah daripada melakukannya ialah jika seseorang melekapkan punggungnya ke bumi dan menetapkan kedua-dua betisnya (ke kiri dan ke kanan, antara punggungnya) dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas bumi, seperti duduknya anjing atau selainnya daripada jenis binatang buas.”
##### Rujuk Syarh Muslim (4/214)


Berkata Tawus RA:

“Kami bertanya kepada Ibn Abbas tentang duduk Iq`a’ atas dua tapak kaki, beliau berkata, “Demikian itu ialah Sunnah.”
##### Hadis riwayat Imam Muslim (536)

Duduk Sunah
Duduk Antara 2 Sujud ( Duduk Sunah )
Berkata al-Nawawi:
“Dan jenis kedua duduk iq`a’ ialah meletakkan punggung di atas kedua-dua tumit semasa duduk antara dua sujud dan inilah yang dimaksudkan oleh Ibn Abbas sebagai Sunnah Nabi kamu SAW.”
##### Rujuk Syarh Muslim (5/19)


Rasulullah SAW juga bersabda:
وَيَنْهَى أَنْ يَفْتَرِشَ الرَّجُلُ ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ السَّبُعِ

Maksudnya: Dan baginda menegah seseorang daripada menghamparkan kedua lengannya seperti iftirasynya binatang liar.

##### Hadis riwayat Imam Muslim (498) dalam Sahih-nya


Bererti Rasulullah melarang seseorang sujud dalam keadaan menghamparkan lengannya seperti cara binatang liar menghampar dengan melekapkan lengannya di bumi. Sedangkan kaifiah yang disunatkan dengan mengangkat lengan dan tidak dilekapkan pada bumi.

Adapun hukum tentang bersila ketika duduk dalam solat, hukumnya ialah diharuskan. Kata al-Nawawi:
“Berkata ashab mazhab Syafie: Tidak ditentukan cara duduk pada tempat-tempat ini (duduk antara dua sujud, duduk tasyahhud akhir, duduk tasyahhud awal, dan duduk istirehat) suatu cara yang menjadikannya sah, bahkan apa cara duduk yang ditemui maka sah, sama ada tawarruk atau iftirasy, menjulurkan kaki, atau menegakkan kedua-dua lututnya, atau salah satu daripada keduanya, atau bentuk lain selain itu. Tetapi yang menepati Sunnah ialah dengan duduk tawarruk di akhir solat, dan duduk iftirasy selain daripada duduk akhir solat.”

##### Rujuk al-Majmu’ (1/429); al-Mu`tamad (1/291)

Wallahua’lam. [ SUMBER ]



TAGS :

Cara Syaitan Duduk, Cara Binatang Buas Duduk, Duduk Antara Dua Sujud Yang Betul, Duduk Yang Dilarang, Duduk Yang Disunatkan, Duduk Yang Diharuskan, Hukum Bersila Dalam Solat, Cara Duduk Yang Betul, Duduk Yang Diharamkan, Cara Duduk Tawarruk, Cara Duduk Iftirasy, Cara Duduk Akhir Solat, Cara Duduk Iq'a

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget