Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan; Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan; Ibrani Tiberia Śāṭān; Greek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, Satanás; Aramia: סטנא, Saṭänä; Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān, Turki: Şeytan), merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh (The Accuser), Speculator (Pembuat Andaian/Spekulasi)'.
Syaitan terbahagi kepada dua iaitu
- Syaitan Jin
- Syaitan Manusia
18 FAKTA MENGENAI SYAITAN
Kali ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak fakta mengenai syaitan yang mungkin anda belum tahu atau sedar.1. Muncung/Paruh Syaitan Membuatkan Manusia Lalai Mengingati Allah
Sabda Rasullullah SAW:
"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya"
(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
2. Syaitan Menangis
Sabda Rasullullah SAW:
"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah, lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka"
(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)
3. Kencing Syaitan
Dari Ibnu Masud dia berkata:
Diceritakan ( Allah ) kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi), sabda Baginda SAW :
"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)
4. Syaitan Tertawa ( Ketawa )
Sabda Rasullullah SAW:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sebaik mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
5. Rambut & Janggut Syaitan Adalah Kusut
Dari Atha bin Yasr dia berkata:
Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya mengemaskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu pun melakukannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda:
"Bukankah ini lebih baik daripada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."
(Hadis Riwayat Malik)
6. Syaitan Menyilangkan( mematah-matahkan ) Jari Tangan
Sabda Rasullullah SAW:
"Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seseorang daripada tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid (mosque) sehingga ia keluar darinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)
7. Syaitan Masuk Ke Dalam Aliran Darah Manusia
Sabda Rasullullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia melalui saluran darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)
8. Syaitan Takut Pada Orang Yang Solat Berjemaah
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjemaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)
9. Hentakan Kaki Syaitan Menyebabkan Wanita Istihadhah (mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat)
Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.
Rasullullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
10. Syaitan Menghadang di Saf Solat
Sabda Rasullullah:
"Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (Sutroh)(penghadang), lalu ada orang yang melintas dihadapannya ( dalam kawasan solat, dibawah penghadang hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali ) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)
11. Rasullullah SAW Menangkap dan Mencekik Syaitan
Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak menganggu solat Baginda, Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi).
(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)
12. Syaitan Terkentut
"Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka berundurlah syaitan sambil terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat (laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)
13. Syaitan Menyelit Disaf Solat Yang Renggang
Sabda Rasullullah SAW:
"Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana sesungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri) pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)
14. Syaitan Menghalang Seseorang Daripada Khusyuk Dalam Solat (menyempurnakan sembahyangnya)
Dari Aisyah berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW:
"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)
"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)".
(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
15. Mimpi Buruk Daripada Syaitan
Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".
"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).
16. Syaitan Mencelak Mata
Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.
17. Syaitan Mengincu Bibir
Syaitan akan mengincu bibir para pendengar ceramah supaya berbual-bual dengan temannya dan mengeluarkan kata-kata kesat ( tidak sepatutnya ).
18. Syaitan Mengetuk Para Pendengar Ceramah DenganTongkatnya
Supaya mereka membuat bising dan tidak dapat duduk diam, disamping membuat kacau dan kekalutan.
Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan ('syaitan' - Maksud Arab - The Accuser/Penuduh).
KESIMPULAN
Untuk mengetahui sesuatu itu datang dari syaitan atau pun tidak, seseorang akan mendengar dari dalam dirinya sebuah tuduhan/spekulasi tentang sama ada tentang amalannya, hatinya, kejadian atau pun amalan jirannya terhadap dia atau orang lain. Sama ada tuduhan/spekulasi itu benar atau tidak, ianya datang dari syaitan tanpa dia juga mengetahuinya. Tangkislah dengan solat yang banyak dan khusyuk.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.