Mungkin sudah ramai di antara kita mengetahui akan khasiat herba buah manjakani tetapi penghalang utama untuk kita terus berdampingan dengan buah herba ini ialah rasanya yang amat pahit dan amat kelat sehingga ada antara kita tidak mampu pun untuk menelannya malah ada yang akan termuntah balik kerana rasanya yang terlalu pahit itu.
Maka disebabkan itulah ramai antara kita yang memilih untuk membeli segala macam jamu, ubat atau apa saja yang mengandungi khasiat buah ini yang telah siap diproses. Namun sejauh manakah keberkesanannya?
JOM KENALI BUAH MANJAKANI
Manjakani (Quercus infectoria) adalah tumbuhan dari spesies Quercus, yang sering digunakan dalam pengubatan tradisional di Asia. Dalam pengubatan tradisional di India, manjakani dijadikan serbuk untuk digunakan bagi merawat sakit gigi dan keradangan gusi.
Kandungan Kimia yang terdapat dalam buah Manjakani secara semulajadi ialah
Tannins
- Gallic Acids
- Antioxidants
- Vitamin - A dan C
- Mineral - Calcium, Iron
- Fiber
- Protein
- Karbohidrat
KELEBIHAN & MANFAAT RAHSIA BUAH MANJAKANI
Ini pula adalah khasiat dalam buah manjakani.1. PEMBERSIH ORGAN INTIM WANITA
Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot vagina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah kerapatan dan menjadikan lubang vagina lebih anjal.2. PERANCANG KEHAMILAN
Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya juga dapat mencegah kehamilan.3. MERAWAT KANSER SERVIKS
Ia juga sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks.4. MEMBANTU KEPUASAN HUBUNGAN INTIM
Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan intim.5. AWET MUDA
Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.6. MENCEGAH KENCING MANIS
Asid galik di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis dan lelah.7. MENCEGAH KANSER PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah dada dan kanser rahim.8. MENCEGAH BAU YANG TIDAK DIINGINI
Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.9. MENEGANGKAN OTOT-OTOT FARAJ
Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.10. MENGURANGKAN LENDIRAN FARAJ
Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada Miss V yang menyebabkan bau tidak menyenangkan.11. DARAH HAID & NIFAS
Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.12. MENCEGAH JERAWAT
Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.13. MENYIHATKAN MATA
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas14. MENEGANGKAN PAYUDARA
Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payudara yang kendur.15. MENGUATKAN GIGI & TULANG
Kalsium dalam buah manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.16. KEBERSIHAN MULUT
Astringen dalam buah manjakani dapat menjaga kebersihan mulut.17. MERAWAT KULIT KERING & BERMINYAK
Astringen juga dapat merawat kulit kering dan berminyak18. MELANCARKAN SISTEM PERKUMUHAN
Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein mampu meningkatkan kesihatan anda.KESIMPULAN
Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba. Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu. Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan. Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.