Tugas-tugas Anak Iblis Laknatullah

NAMA Anak Iblis Laknatullah

Syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah. Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza.

NAMA DAN TUGAS ANAK-ANAK IBLIS LAKNATULLAH

Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dengan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anak mereka adalah:

1. TSABR

Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan. Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi supaya manusia itu terus leka dan tidak kembali kepada Allah.

2. A'WAR

Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun. A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobarkan nafsu.

3. MISWATH

Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar agar manusia itu akan kucar-kacir, hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4. DASIM

Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan. Selalunya dalam kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5. ZAKNABUR

Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat. Mereka menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan, kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan). Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan, kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan).

6. KHANZAB

Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat, menggangu umat Islam dalam melakukan solat (sembahyang) serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan sembahyang menjadi sempurna.

7. WALHAN

Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk ( bersuci sebelum melakukan sembahyang ). Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya. Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah. Walhan juga, menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perkara atau benda.


KESIMPULAN
Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan. Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut (perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah) dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.


TAGS :

Nama Anak-anak Iblis, Tugas Anak-anak Iblis, Cara Iblis Menghasut Manusia, Cara Syaitan Menghasut Manusia, Bilangan Anak-anak Iblis, Perbezaan Iblis dan Syaitan, Tugas Jahat Anak-anak Iblis,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget