Prosedur Perancang Keluarga - Suntikan, IUD & Implan

PERBEZAAN ANTARA SUNTIKAN, IMPLAN DAN IUD

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pil perancang adalah kaedah yang paling mudah dan murah untuk seseorang wanita mencegah atau mengawal kehamilan mereka. Namun, sesetengah wanita diluar sana pasti akan rasa terbeban kerana terpaksa mengingati jadual pemakanan pil perancang mereka sehinggakan kadang-kadang mereka akan terlupa.

Pil perancang juga terdapat kesan sampingan yang mungkin membuatkan sesetengah wanita kurang selesa.

Tahukah anda, di Malaysia terdapat 3 lagi kaedah atau cara untuk seseorang wanita itu melakukan perancang keluarga.

PERBEZAAN ANTARA SUNTIKAN, IMPLAN DAN IUD

Berbeza dengan pil perancang, ketiga-tiga prosedur ini perlu dijalankan di klinik kerajaan atau pusat rawatan swasta yang berdaftar.

Kaedah ini amat sesuai untuk wanita yang menyusukan bayi kerana ianya disahkan tidak mempunyai kesan sampingan terhadap penghasilan susu badan.

PROSEDUR SUNTIKAN, IMPLAN DAN IUD

Ketiga-tiga keadah ini juga dapat bertahan dalam badan dengan tempoh yang agak panjang, maka tiada masalah jika anda jenis pelupa atau tidak suka makan ubat.

Prosedur Perancang Keluarga - Suntikan, IUD & Implan

1. SUNTIKAN PERANCANG

Sesetengah klinik akan menamakan suntikan ini sebagai suntikan depo, iaitu merujuk kepada ubat yang digunakan.

PROSEDUR :
  1. Diberikan selepas hari ke-5 haid untuk memastikan wanita tidak hamil semasa menerima suntikan.
  2. Suntikan pada bahagian punggung atau lengan.
  3. Suntikan berfungsi menambahkan lendir pada serviks yang menghalang sperma daripada menembusinya.

Prosedur Perancang Keluarga - Suntikan, IUD & Implan

2. IMPLAN

Secara amnya, implan adalah sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas. Sejenis hormon progestogen iaitu etonogestrol akan dihasilkan pada akdar yang sama setiap hari untuk mencegah kehamilan.

PROSEDUR :
  1. Pemasangan - Melalui proses suntikan
  2. Pengeluaran - Doktor akan membius anda sebelum melakukan torehan kecil pada lengan anda.
  3. Kedua-dua prosedur pemasangan dan pengeluaran implan boleh dibuat di klinik dan biasanya dilakukan kurang daripada 5 minit.
  4. Selepas sahaja implan dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali normal dalam tempoh kurang seminggu.

Prosedur Perancang Keluarga - Suntikan, IUD & Implan

3. IUD / IUCD

IUD bermaksud 'Intra Uterine Device', atau juga digelar sebagai ' Intra Uterine Contraceptive Device'( IUCD ). Alat yang diperbuat daripada plastik berbentuk T akan dimasukkan ke dalam rahim seseorang wanita itu. Ramai yang menganggap proses ini menakutkan, namun sebenarnya alat yang dimasukkan hanya selebar 3cm dan ianya tidak menyakitkan.

PROSEDUR :
  1. Semasa berbaring, doktor akan menggunakan sejenis alat untuk membuka bahagian rahim. Dinding rahim akan dibersihkan terlebih dahulu dengan kain swab. Kemudian alat ini akan dipasang.
  2. Proses hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.
  3. Rasa ngilu pada bahagian ari-ari akan terasa dalam masa 5 minit.
  4. Untuk memastikan IUD berada dalam posisi yang betul, terdapat hujung benang terkeluar yang perlu selalu dirasa.
  5. Alat ini elok dipakai ketika haid kerana serviks dalam keadaan lembut.
  6. Alat IUD boleh dikeluarkan daripada rahim pada bila-bila masa jika anda bersedia untuk hamil semula.


KESIMPULAN :
Jika anda rasa ragu-ragu, dapatkan nasihat pakar. Lembaga penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menyediakan khidmat nasihat di samping menawarkan prosedur perancang keluarga untuk lelaki dan juga wanita.

TAGS :

Alat Cegah Kehamilan, Cara Merancang Keluarga, Cara Untuk Cegah Kehamilan, Implan Cegah Kehamilan, Implan Perancang Keluarga, IUD Perancang Keluarga, Kaedah Merancang Kehamilan, Kaedah Perancangan Keluarga, Kos Perancang Keluarga, Makanan Cegah Kehamilan, Merancang Kehamilan Dengan Suntikan, Petua Cegah Kehamilan, Pil Cegah Kehamilan, Suntikan Pencegah Kehamilan, Tips Cegah Kehamilan, Tips Peracangan Keluarga, Kesan Buruk Perancang Keluarga, Kesan Baik Perancang Keluarga, Kesan Sampingan Perancang keluarga

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget