Bibir adalah salah satu aset paling penting di bahagian muka kerana ia boelh mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Bibir yang nampak kusam atau kehitaman sudah tentu akan menampakkan wajah seseorang kelihatan lesu dan tidak bermaya.
TIPS MUDAH MEMERAHKAN BIBIR BAK DELIMA
Kali ini kami akan kongsikan beberapa tips dan petua mudah untuk anda yang ingin memiliki bibir merah yang nampak seksi, cantik dan menawan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.1. GUNAKAN MADU
Madu adalah salah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Khasiatnya sangat tinggi terhadap tubuh badan manusia tak kira sama ada luaran ataupun dalaman. Untuk memerahkan bibir, sapukan sedikit madu ke bibir anda secara merata dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
Selepas itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan perkara ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah, bibir anda akan nampak kemerahan dan menawan.
2. GUNAKAN LIMAU NIPIS
Tahukah anda bahawa limau nipis adalah salah satu perkara yang boleh mengurangkan kehitaman bibir seseorang? Hal ini kerana, ia kaya dengan Vitamin C.
Perahkan air jus limau nipis sebanyak 2-3 sudu kecil dan bancuhkan bersama sedikit air suam. Sapukan pada bibir anda dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang menakjubkan.
3. MENGGUNAKAN MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun juga mampu menjadikan bibir seseorang menjadi merah dan cerah. Campurkan minyak zaitun bersama sedikit gula, kemudian sapukan pada keseluruhan bibir anda dan tunggu dalam 10 minit. Urut bibir anda mengikut arah lawan jam dan bilaslah dengan air yang bersih.
4. SAPUKAN DENGAN AIR MAWAR SEBELUM TIDUR
Letakkan kelopak bungan mawar ke dalam air suam dan sapukan air tersebut ke seluruh bibir anda. Lakukan setiap hari sebelum tidur. Tapi ingat, untuk tidur waktu malam sahaja ye.
5. MINYAK KACAM BADAM
Kacang badam ataupun 'hazelnut' mempunyai kandungan Vitamin E yang sangat tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Gunakan minyak kacam badam sebelum anda tidur. Ia juga dapat melembapkan bibir anda.
6. SERBUK KUNYIT
Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan sedikit serbuk kunyit bersama 1 sudu susu. Sapukan pada bibir anda ramuan tersebut dalam lebih kurang 10 minit sebelum dibilas dengan air yang bersih.
7. BUAH AVOKADO
Kisarkan 50g buah avokado sehingga menjadi halus seperti serbuk. Titiskan 2-3 titis minyak zaitun dan adun dengan sebati. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Elok dilakukan sebelum tidur.
8. TIMUN
Hiris timun secara tipis. Tekapkan ke atas bibir anda dalam lebih kurang setengah jam. Bilaslah dengan air suam. Timun adalah salah satu bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai jenis khasiat yang menakjubkan.
9. DAUN KETUMBAR
Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan sedikit air supaya sebati. Sapukan pada bibir anda dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
KESIMPULAN
Amalan hidup yang sihat juga merupakan salah satu faktor memiliki tubuh badan yang sihat dan menawan. Jauhilah rokok dan dapatkan tidur yang secukupnya kerana ia boleh memancarkan kecantikan dalaman dan luaran anda.
Akhir kata. Selamat mencuba.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.