Memang tidak dapat dinafikan bahawa pil perancang adalah kaedah yang paling mudah dan murah untuk seseorang wanita mencegah atau mengawal kehamilan mereka. Namun, sesetengah wanita diluar sana pasti akan rasa terbeban kerana terpaksa mengingati jadual pemakanan pil perancang mereka sehinggakan kadang-kadang mereka akan terlupa.
Pil perancang juga terdapat kesan sampingan yang mungkin membuatkan sesetengah wanita kurang selesa.
Tahukah anda, di Malaysia terdapat 3 lagi kaedah atau cara untuk seseorang wanita itu melakukan perancang keluarga.
3 KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN DENGAN MUDAH
Berbeza dengan pil perancang, ketiga-tiga prosedur ini perlu dijalankan di klinik kerajaan ataupun pusat rawatan swasta yang berdaftar sahaja.1. IUD / IUCD
IUD bermaksud 'Intra Uterine Device', atau juga digelar sebagai ' Intra Uterine Contraceptive Device'( IUCD ). Alat yang diperbuat daripada plastik berbentuk T akan dimasukkan ke dalam rahim seseorang wanita itu. Ramai yang menganggap proses ini menakutkan, namun sebenarnya alat yang dimasukkan hanya selebar 3cm dan ianya tidak menyakitkan.Kelebihan :
- Tidak menganggu penghasilan susu ibu.
- Boleh mencegah kehamilan luar rahim.
- Mengembalikan kesuburan dengan cepat, hampir serta merta apabila ianya dikeluarkan.
Kekurangan :
- Mempunyai risiko jangkitan sekiranya tidak dipasang oleh mereka yang bertauliah atau berkemahiran.
- Perlu memeriksa benang halus pada bukaan vagina untuk memastikan kedudukannya sentiasa betul.
- Kedudukannya yang terletak di dalam rahim mungkin menyebabkan sesetengah pasangan berasa takut atau kurang selesa untuk bersama. Tetapi, semua itu hanyalah mentaliti masing-masing.
Tempoh Keberkesanan :
Biasanya antara 3-5 tahun ( bergantung kepada komposisi dalam IUD ).
Harga :
- Alat IUD dalam rahim termasuk caj pemasangan ( 3 tahun ) - RM80
- Ada Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( kerajaan ) yang memberikan alat ini secara percuma. Anda cuma perlu membayar kos pemasangan di klinik sahaja.
- Prosedur pengeluaran - RM20
2. IMPLAN
Secara amnya, implan adalah sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas. Sejenis hormon progestogen iaitu etonogestrol akan dihasilkan pada akdar yang sama setiap hari untuk mencegah kehamilan.Kelebihan :
- Tidak menganggu hubungan kelamin kerana dipasang jauh daripada vagina atau rahim.
- Tidak memberi kesan kepada penyusuan bayi.
Kekurangan :
- Harga yang mahal berbanding IUD dan suntikan perancang.
- Bahagian lengan berisiko lebam semasa dipasang.
Tempoh Keberkesanan :
3-5 tahun
Harga
- Implan termasuk pemasangan ( 3 tahun ) - RM500
- Prosedur pengeluaran - RM100
3. SUNTIKAN PERANCANG
Sesetengah klinik akan menamakan suntikan ini sebagai suntikan depo, iaitu merujuk kepada ubat yang digunakan.Kelebihan :
- Sesuai untuk wanita yang menyusukan bayi kerana ia tidak mengeringkan susu.
- Tidak menganggu hubungan kelamin antara pasangan.
- Mencegah pertubuhan fibroid pada rahim.
Kekurangan :
- Mungkin lambat untuk kembali subur selepas berhenti mengambil suntikan.
- Tempoh keberkesanan yang singkat berbanding dengan IUD dan Implan.
- Tidak boleh dikeluarkan semula daripada badan jika tidak mahu meneruskannya dalam masa 3 bulan. ( IUD dan Implan mempunyai prosedur yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. )
3 Bulan
Harga :
RM18 - RM36 ( bergantung pada jenis ubat )
KESAN SAMPINGAN TETAP WUJUD
Seperti kesemua jenis perancang keluarga, setiapnya pasti mempunyai sedikit kesan sampingan pada awal pemakaiannya. Hal ini kerana, kesemua perancang keluarga jenis luaran akan menyebabkan perubahan hormon dalam badan walaupun sedikit.
SIMPTOM YANG AKAN DIALAMI
- Pening
- Loya
- Kenaikan Berat Badan
- Jerawat
- Sakit Payudara
- Senggugut
- Mood Swing
KESIMPULAN :
1. Merancang keluarga dengan niat menjarakkan dan menangguhkan kehamilan adalah dibenarkan dalam Islam asalkan mendapat keizinan suami.
2. Ianya haruslah dilakukan tanpa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang diluluskan oleh syarak. Tidak boleh merencatkan kehamilan pada masa hadapan.
3. Kemandulan Kekal seperti 'Histerektomi' ( buang rahim ) dan 'Vasektomi' ( buang testis ) adalah haram di dalam Islam kecuali dengan alasan kukuh seperti mempunyai masalah kesihatan yang serius.=>
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.