Tahukah anda bahawa seseorang bayi yang baru sahaja dilahirkan sangat berpotensi untuk terkena penyakit demam kuning?
Tetapi tahukah juga anda bahawa demam kuning pada bayi boleh dielak sejak dalam kandungan lagi?
Saya pasti setiap wanita yang bergelar ibu diluar sana pasti akan merasa sedih apabila bayi yang baru dilahirkan disahkan menghidap demam kuning. Hancur harapan mereka untuk membawa cahaya mata mereka pulang ke rumah dalam keadaan sihat dan tanpa masalah.
KENAPA BAYI LEBIH MUDAH TERKENA DEMAM KUNING?
Sebenarnya, demam kuning bukan lagi masalah baru dalam kalangan bayi yang baru lahir.
Mengikut statistik, lebih 60% bayi menghidap demam kuning selepas 2 atau 3 hari dilahirkan. Manakala, 80% daripada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan pula menghidap sakit demam kuning selepas 5-6 hari dilahirkan.
Tetapi, anda jangan risau. Kebanyakkan demam kuning dikalangan bayi yang baru dilahirkan bukan disebabkan oleh masalah limpa seperti yang dialami oleh orang dewasa. Tetapi, ia disebabkan oleh 'bilirubin' yang tinggi di dalam darah bayi, iaitu sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan darah merah.
Hati bayi yang masih belum matang tidak mampu menapis atau memetabolismekan lebihan 'bilirubin' ini. Semakin tinggi kandungan 'bilirubin' di dalam darah, semakin banyak warna kuning merebak bermula dari bahagian kepada seterusnya ke abdomen.
TIPS ELAK DEMAM KUNING SEMASA DALAM KANDUNGAN
Kepada para-para bakal ibu dan ibu di luar sana, lakukan beberapa perkara dibawah untuk mengelakkan bayi anda terkena demam kuning sebaik sahaja dilahirkan.1. ELAKKAN BERSALIN AWAL ( KALAU BOLEH )
Bayi yang lahir sebelum minggu-34 berisiko tinggi untuk terkena demam kuning. Oleh itu, cuba lakukan perkara dibawah ini untuk mengelakkan diri anda bersalin lebih awal daripada jangkaan.# Elakkan Pencemaran Bahan Kimia
Tembakau, arak, dan ubat daripada bahan kimia serta pencemaran boleh menyebabkan bersalin lebih awal daripada waktunya.
# Sentiasa Tenangkan Diri Anda
Stres merupakan salah satu penyebab terjadinya kelahiran bayi yang pramatang. Jadi, pastikan anda sentiasa berusaha untuk menenangkan diri.
# Jangan Terdedah Kepada Penyakit Berjangkit
Sebaiknya, elakkan diri anda daripada terkena penyakit berjangkit seperti ' Herpes ' dan 'Syphilis' yang boelh menyebabkan kelahiran pra-matang.
2. AMALKAN PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
Makanan sunah seperti kurma, susu kambing, madu dan buah delima merupakan antara makanan yang sangat elok dimakan sepanjang kehamilan.Makanan sebegini mempunyai nilai khasiat yang amat tinggi dan terbukti mampu menghindarkan bayi dan ibu daripada sebarang penyakit semasa menghampiri proses bersalin.
3. LAKUKAN PERMERIKSAAN DARAH
Darah yang tidak sepadan antara ibu dan bayi boleh menyebabkan 'breakdown' sel darah yang menghasilkan banyak blirubin.Wanita yang mempunyai darah O+ juga mempunyai risiko yang tinggi. Sebab itu pastikan anda melakukan pemeriksaan darah semasa kehamilan.
4. BERSEDIA UNTUK MENYUSU BADAN
Kalau boleh, seawal kelahiran segerakanlah memberi susu badan kepada bayi anda kerana ia mampu mengelakkan bayi terkena demam kuning.Pastikan anda bersedia secukupnya. Walaupun ia kedengaran seperti remeh, percayalah, proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan persediaan mental dan fizikal terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.
Ada juga para ibu-ibu yang menghadapi masalah puting susu tersumbat, payudara bengkak dan ada juga yang sampai demam-demam.
Apabila badan bayi semakin mendapat nutrisi dan berat yang stabil, hatinya dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya menentang lebihan 'bilirubin'.
5. PENJAGAAN PRANATAL YANG BERTERUSAN
Penjagaan pranatal yang konsisten akan memastikan anda dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat semasa mengandung. Pastikan anda jangan pernah 'missed' temujanji dengan doktor di klinik kerajaan ataupun swasta. Perkara ini juga mampu mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.KESIMPULAN
Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa mana yang tidak susah hati apabila bayi yang baru dilahirkan terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Jadi, pastikan anda dan pasangan bersedia seawal waktu mengandung lagi supaya dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Diharap info di atas dapat membantu anda untuk membuat persediaan yang sebaiknya.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.