Petua Tradisional Memulih dan Mengetatkan Faraj

TIPS MEMULIH DAN MENYEMPITKAN FARAJ

Bau faraj yang busuk bukan sahaja boleh membuat seseorang wanita rasa tidak selamat, tetapi juga boleh menjadi tanda masalah dengan kesihatan faraj. Bau faraj wanita adalah berbeza-beza mengikut seluruh kitaran haid.

Anda tidak perlu bimbang jika faraj anda berbau selepas anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak seperti bersukan. Tetapi, kalau faraj anda mempunyai bau busuk tanpa sebab yang anda sendiri tahu, anda perlu ambil perhatian khusus kerana, ia bermakna bahawa terdapat masalah dalam kawasan kesihatan kewanitaan anda.

TIPS MEMULIH DAN MENYEMPITKAN FARAJ

Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, bolehlah cuba mana-mana tips dan petua di bawah ini.

Petua 1 : KULIT PISANG MUDA
Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 2 : BIJI MANJAKANI
Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

Petua 3 : SERBUK TEH
Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.


KESIMPULAN -
Faraj adalah organ yang penting untuk setiap wanita. Jaga kesihatan organ ini  dengan memberi perhatian kepada kebersihan. Jika anda mengalami bau faraj disertai dengan gejala-gejala lain, jangan malu atau tidak mahu bertanya kepada doktor.


TAGS :

Petua Memulihkan Faraj, Cara Memulihkan Faraj, Tips Memulihkan Faraj, Petua Mengetatkan Faraj, Cara Mengetatkan Faraj , Tips Mengetatkan Faraj, Faraj Berair Dan Berbau, Petua Mengetatkan Alat Sulit, Petua Mengetatkan Kelamin Wanita, Petua Mengetatkan Miss V, Petua Mengetatkan Vagina, Faraj Berbau Hanyir, Faraj Longgar ketika Bersama, Faraj Longgar Selepas Bersalin, Faraj Isteri Longgar, Faraj Wanita Longgar, Kenapa Faraj Berbau, Masalah Faraj Berbau, Punca Faraj Berbau, Punca Miss V Berbau, Tips Menjaga Keharuman Miss V

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget